Friday, January 8, 2010

UNTUK IBU

ibu...
adalah wanita yang melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

ibu...
adalah wanita yang selalu menjagaku tatkala ku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala ku terbangun di waktu pagi,siang dan malam

ibu...adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh kebahagiaan
terdapat sinar yang penuh kesabaran
terdapat sinar yang penuh kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu sehingga muncul tangisanmu

ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

ibu...
jasamu tidak terbalas
jasamu tidak terbeli
jasamu tidak akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di syurga

ibu...
hanya doa yang mampu kupersembahkan untukmu
kerana jasamu tidak terbalas

hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

No comments:

Post a Comment


Berita Luar Kain